Wednesday 26 October 2011

Air MAtemu Berharga

ok... aku rase suda sampai mase aku berehat..

wait!!!...bukan berehat dari blogging...SAY HELL TO THE NO!stop for a while posting bout my friendslaa...#WHY epul?kami suke la post ko sal kami*weekkk..hahahhahahha..sukela "sgt" kan..

ok OK..back to the story....

kali ni...aku nak cerita  sal air mate...bagi aku,setiap MANUSIA memang tak lari dari sifat ini..*kalau ade yang tak pena kuarkan air mate after maturity..mmg EGO y sgt la orang tu kan...

                                   
                                                                      
                        


tapi kan.....lelakilaa  y biasa jadi JUARA bagi EGO tertinggi...yup..EGO nya terlalu tinggi sampai ke langit..tapi bukan semua lelaki camtu yea...SORRY kalau terase..aku amek fakta dari buku MASKULIN..salahkan buku tu k..*ok fine..salah aku jugak sbb caye and BTW,Alhamdulillah bagi y tidak...^-^

for entry kali ni,aku teringat akan something yang pena aku bace dulu..
andai seorang muslim mengalirkan air matenye kerana takotkan Allah or senang citer TAUBAT..,he supposed to be happy..WHY?sebab air mate y sedikit tu la y mampu "delete" semua dosa kita kat api neraka nanti..hurmmm...aku cakap benda betol ni..^-^

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

and to support my idea above...aku ade usha ILUVISLAM..

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam kitab lain pon ade sebut bahawa..AIR MATA TAUBAT or air mate takot akan Allah akan d gunakan untuk PADAM api neraka tu by RASULULLAH sendiri apabila d suruh Jibrail..

Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."


tu jewla kot... tok kali ni...maklumlaa...aku bukannya ustaz tok kasi tazkirah pjg2..:p  *aku manusia biasa yang kadang2 alpa..^-^




Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” 
(Riwayat Oleh Muslim)







                                  



BACE JE KE?KOMEN LA WEYH ^-^

4 comments:

  1. menangislah lebih lama di dunia berbanding gembira di dunia....kelak kita akan lebih lama gembira di akhirat....insyaALLAH

    ReplyDelete